Program Hafazan Al-Quran Yang Bukan Sekadar Hafal,

Tetapi Faham & Terjaga

Di Akademi Al-Quran Imam Al-Syafiie, kami membimbing pelajar menghafal Al-Quran dengan kaedah tersusun, disiplin tinggi dan kefahaman yang mendalam.

1

Apa itu Program Hafazan AQIS ?

Program Hafazan Al-Quran di AQIS direka khas untuk melahirkan pelajar yang

Menghafal Al-Quran dengan lancar dan tepat

Pelajar dibimbing supaya hafazan mereka fasih, betul tajwid dan tersusun, bukan sekadar ingat ayat.

Memahami ayat yang dihafal

Setiap hafalan disertakan dengan kefahaman makna, supaya pelajar tahu apa yang dibaca.

Menjaga hafalan dalam jangka masa panjang

Fokus kepada ulang kaji (murajaah) yang konsisten, agar hafazan kekal kuat dan tidak mudah lupa.

Mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan harian

Pelajar dididik untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, bukan sekadar bacaan.

Sistem hafazan yang tersusun & berdisiplin

Setiap pelajar mengikuti jadual hafazan yang jelas dan terancang, membantu mereka capai target dengan lebih fokus dan efektif

Bimbingan guru secara berterusan

Pelajar dipantau secara dekat oleh guru untuk memastikan hafazan sentiasa terjaga, betul dan berkembang dengan konsisten.

Kaedah Hafazan Yang Sistematik & Terbukti

Di AQIS, pelajar tidak dibiarkan hafal secara rawak. Setiap hafalan dipantau dengan sistem yang jelas:

1
Talaqqi & Tasmi’

Pelajar membaca secara bersemuka dengan guru bagi memastikan bacaan tepat dan bertajwid.

3
Hafazan Berperingkat

Hafalan dibina sedikit demi sedikit untuk memastikan kekuatan jangka panjang.

2
Murajaah Berterusan

Ulangan harian wajib untuk memastikan hafalan tidak hilang.

Rutin Harian Pelajar Hafazan

Rutin Harian Pelajar Hafazan

Kenapa Program Hafazan AQIS Berbeza?

Fokus Kualiti Hafalan

Bukan sekadar cepat habis, tetapi hafalan yang kuat dan tepat

Gabungan Hafaz & Faham

Pelajar dibimbing memahami maksud ayat

Bimbingan Guru Berpengalaman

Pantauan rapat sepanjang perjalanan hafazan

Suasana Pembelajaran Kondusif

Persekitaran yang membantu fokus dan disiplin

Pembentukan Akhlak

Hafazan disertai dengan tarbiah dan pembinaan sahsiah

Program Hafazan Al-Quran Yang Bukan Sekadar Hafal,

Tetapi Faham & Terjaga

Lebih fokus dan berdisiplin

Pelajar dilatih dengan rutin harian yang tersusun, membantu mereka menjadi lebih fokus, teratur dan bertanggungjawab.

Menghafal dengan lebih cepat dan konsisten

Dengan teknik hafazan yang betul, pelajar mampu menghafal dengan lebih lancar tanpa tekanan berlebihan.

Memahami ayat yang dibaca

Pelajar tidak sekadar menghafal, tetapi mula memahami maksud ayat dan mengaitkannya dengan kehidupan.

Untuk Siapa Program Ini?

Program ini sesuai untuk ialah 

1
Pelajar berumur 13 – 18 tahun
3
Berminat untuk menghafal Al-Quran secara serius
2
Bersedia mengikuti jadual disiplin

Mulakan Perjalanan Hafazan Anak Anda Hari Ini

Tempat adalah terhad untuk memastikan setiap pelajar mendapat perhatian penuh