Pelajar Bukan Sekadar Menghafal,

Tetapi Memahami & Menghayati Al-Quran

Program Tafsir & Hadith di Akademi Al-Quran Imam Al-Syafiie membantu pelajar memahami maksud ayat Al-Quran dan sunnah Nabi ï·º secara tersusun dan mendalam.

1

Kenapa Tafsir & Hadith Itu Penting?

Ramai yang mampu membaca dan menghafal Al-Quran, Tetapi tidak semua benar-benar memahami isi kandungannya

Ayat difahami dengan penghayatan

Setiap ayat yang dibaca bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi difahami maknanya dengan jelas, lalu memberi kesan kepada hati, pemikiran dan cara hidup.

Hukum difahami dengan jelas

Pelajar dibimbing memahami maksud ayat dan hadith dalam konteks yang tepat, supaya setiap hukum dapat diamalkan dengan keyakinan dan kefahaman yang sahih.

Amal menjadi lebih sempurna

Ibadah dan amalan harian dilakukan dengan panduan yang betul, selari dengan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah ï·º, menjadikan kehidupan lebih terarah dan diberkati.

Silibus Tafsir & Hadith Yang Tersusun

untitled design (8)

Tafsir Al-Quran

Memahami makna ayat Al-Quran secara mendalam agar dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian

untitled design (7)

Hadith

Mendalami sabda Rasulullah ï·º sebagai panduan hidup yang tepat dan praktikal dalam setiap aspek kehidupan

Rutin Harian Pelajar Hafazan

Belajar Dengan Cara Yang Mudah Faham & Menarik

Kami menggunakan pendekatan yang sesuai dengan pelajar :

Bahasa Mudah Difahami

Disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan jelas tanpa mengabaikan nilai ilmiah.

Fokus Kefahaman, Bukan Hafalan Semata

Pelajar dibimbing untuk memahami isi pelajaran, bukan sekadar menghafal.

Interaktif & Diskusi

Pelajar digalakkan bertanya dan berbincang secara aktif bagi membantu mengukuhkan kefahaman

Kaitkan Dengan Kehidupan

Ilmu yang dipelajari terus dikaitkan dengan amalan harian.

Pembelajaran Berperingkat

Silibus disusun dari asas ke tahap lebih mendalam secara sistematik.

Bimbingan Guru Berpengalaman

Pelajar dibimbing oleh guru yang berpengalaman dan bagus

Perubahan Yang Akan Berlaku Pada Pelajar

Selepas mengikuti program ini, pelajar akan:

Lebih memahami isi Al-Quran

Mula memahami makna ayat dengan lebih jelas dan tersusun.

Mampu menjelaskan maksud ayat secara asas

Boleh menerangkan kandungan ayat dengan pemahaman yang mudah

Lebih yakin dalam beramal

Melaksanakan ibadah dengan lebih yakin dan berilmu.

Mempunyai asas ilmu agama yang kukuh

Dilengkapi asas ilmu yang menjadi panduan dalam kehidupan.

Lebih terarah dalam kehidupan seharian

Ilmu yang dipelajari membantu pelajar membuat keputusan dan bertindak dengan lebih berpandukan ajaran Islam.

Dipantau Oleh Tenaga Pengajar Berpengalaman

Dengan penekanan kepada:

Kefahaman yang jelas

Pengajaran disampaikan secara teratur supaya mudah difahami oleh pelajar.

Pengajaran yang praktikal

Ilmu diajar dengan pendekatan yang mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pembentukan akhlak pelajar

Fokus kepada pembinaan adab, disiplin dan sahsiah yang baik.

Jangan Biarkan Anak Anda Hanya Hafal Tanpa Faham

Berikan mereka peluang untuk memahami Al-Quran dengan lebih mendalam